nuffnang

Monday, June 4, 2012

Ekspresi Mata, Tanda Wanita Cintai Anda

EKSPRESI mata dapat berkomunikasi segalanya, termasuk isi hati seseorang. Oleh itu, jika ingin mengetahui si dia mencintai anda atau tidak, lihatlah renungan matanya.

Jika wanita tidak dapat mengekspresikan dirinya, lelaki pun akan dibuat sulit olehnya. Untuk itu, mencari alternatif lain untuk mengetahui perasaannya terhadap anda perlu cara terbaik. Melihat renungan matanya terhadap anda menjadi salah satu cara yang boleh diaplikasikan. Cuba lihat ulasan lengkapnya berikut ini...

Dia memerlukan anda
Ketika dia mencari anda setiap waktu, maka hal tersebut menunjukkan bahawa dia tertarik dan menyukai anda. Anda juga boleh melakukan strategi lain dengan melihat seberapa besar dia memerlukan anda. Jika dia begitu memerlukan anda setiap waktu, hal ini boleh menjadi jawapan bahawa minat dirinya pada anda memang nyata adanya.

Renungan mata yang kuat
Ketika berbicara dengan anda, lihatlah gerakan matanya. Jika dia melihat jauh ke dalam mata dan bibir anda, ertinya dia tertarik dan menyukai anda. Sebaliknya, jika dia cuba mengelakkan renungan mata, kemungkinan besar dia tidak menyukai anda.

Terpesona
Wanita akan tersipu-sipu apabila melihat orang yang mereka cintai di hadapan dirinya. Rona bahagia pun langsung bersinar dengan kuat apabila anda berada di sisinya. Jika anda merasakan hal tersebut, ertinya dia tertarik dengan anda.

Mengajak anda berbicara lebih dulu
Ketika seorang wanita yang anda sukai menggunakan alasan mudah untuk mengajak anda berbincang, ertinya dia ingin anda tahu bahawa ada cinta di hatinya. Jika dia ingin selalu berkomunikasi dengan anda pada tahap selanjutnya, ini merupakan isyarat positif yang menandakan dia menyukai anda.

Sentuhan
Jika wanita cuba mendekati anda dengan sentuhan kecil yang diberikan, hal ini menunjukkan bahawa dia menyukai anda. Saat berjalan, pegangan tangan, menepuk-nepuk bahu sambil berkongsi jenaka merupakan beberapa isyarat minat dirinya terhadap anda.

Anonymous

Saturday, June 2, 2012

Tiga Kali Je...!

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan Maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh Maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan Maria sebab apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Friday, June 1, 2012

Belajar Jadi Setia

BERCERAI, bercerai, bercerai... Mungkin perkataan itu yang berada di dalam fikiran dua individu bergelar suami dan isteri sebaik berlaku masalah rumah tangga.

Biarpun benar, terdapat pelbagai masalah yang boleh mencetuskan konflik rumah tangga. Namun banyak daripada kes perceraian terjadi akibat faktor kecurangan atau ketidaksetiaan terhadap pasangan.

Untuk menjadi setia, apa yang anda perlu lakukan ialah sentiasa mengingati persetujuan bersama yang telah dicapai ketika diijabkabulkan.

Orang kata berakad nikah, berwali dan bersaksi merupakan satu ikrar taat setia yang seharusnya tidak dirungkai sewenang-wenangnya oleh pasangan.

Menerusi ijab dan kabul, anda berdua telah melakukan ikrar setia terhadap pasangan dalam apa jua keadaan.

Justeru, ketika anda berada di alam rumah tangga, inilah masanya saling meletakkan tahap kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain.

Syak wasangka hanya akan menyebabkan anda dan pasangan hidup dalam kegelisahan.

Sepatutnya semakin lama sesuatu tempoh perkahwinan itu, lagi banyak kepercayaan terhadap pasangan dapat ditingkatkan.

Sekiranya kepercayaan ditingkatkan, andai satu hari ada pihak menuduh pasangan anda, pastinya hubungan tidak tergugat kerana anda `kenal’ siapa pasangan anda.

Anda telah memilih si dia menjadi pasangan untuk sehidup semati. Jaga tingkah laku kerana setiap perlakuan yang boleh membuatkan pasangan anda rasa tergugat atau rasa was-was boleh membawa kepada keraguan dan menyebabkan dia rasa tidak selamat.

Jangan cuba-cuba untuk bermain ‘api’ dengan mengapi-apikan hubungan sekadar untuk melihat reaksi pasangan anda. Kerana sekali pasangan anda tergugat kesetiaannya, sukar untuk dia menerima anda seperti biasa.

Anda perlu terima kenyataan yang anda kini tidak lagi bujang kerana mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan dan begitu juga sebaliknya.

Anda tidak boleh pergi ke mana-mana dan pulang sesuka hati. Ada yang memerlukan keputusan yang dipersetujui bersama.

Jika sudah berumahtangga, banyak yang perlu anda korbankan. Begitu juga dengan perilaku. Belajarlah berkorban demi untuk melunaskan tanggungjawab terhadap pasangan dan keluarga.

Sebenarnya cinta adalah kepercayaan dan tanggungjawab dan bukannya dijadikan alat untuk mengawal pasangan anda.

Sekiranya mempunyai cincin perkahwinan, pakai cincin itu untuk memberi peringatan yang anda telah berumahtangga.

Bagi yang telah agak lama berumahtangga, cuba perbaharui cara berasmara dengan isteri agar ia tidak membosankan.

Sekiranya terdapat sebarang masalah dari segi hubungan seksual, sentiasalah berbincang mengenainya.

Perbuatan berkasih sayang seperti pelukan, ciuman, interaksi dan bisikan cinta sebenarnya adalah cara membuktikan perasaan cinta kepada pasangan anda selain membangkit api asmara dan kenangan terindah ketika bersama.

Sentiasa ingat mengapakah anda jatuh cinta dengan pasangan anda.

Selain itu, elakkan daripada segala bentuk pergaulan yang boleh mendatangkan ‘kesalahan’ kepada perhubungan anda. Sebagai contoh, jika ada seseorang yang memberikan ‘respons’ kepada anda, jangan panik.

Paling mudah, anda cuma memikirkan yang anda kini sudah berumahtangga dan bahagia dengan perkahwinan itu dan nyatakan ke dalam diri, anda tidak berminat dengan si dia.

Elakkan diri daripada terus terjebak dengan insan-insan perosak rumah tangga seperti itu.

Lebih senang, jangan biarkan diri anda bersendirian dan jangan sesekali berjumpa sama ada rakan lelaki atau perempuan secara bersendirian di luar rumah.

Sumber : intim@utusan